Brick Mansion



Brick Mansion

Review Score: 5.1 / 10
Genre = Drama, Action & Adventure
US Box Office = $18.5M

Filem ini mengisahkan tentang masalah jual beli dadah, penyeludupan senjata api serta korupsi yang berlaku dalam kalangan ahli politik di sesebuah negara.

Ianya terjadi di daerah terpencil yang lumpuh sistem pentadbirannya iaitu didaerah Detroit, Amerika Syarikat sebagai sebuah daerah yang gersang dan sunyi tanpa sebarang kawalan keselamatan

Filem yang baru bermula agak-agak dalam awalan 10 minit tapi babak kejar-mengejar membuatkan penonton terlupa bahawa filem ni baru saja bermula... tapi biasala.. saya tetap perasan yang ada beberapa pergerakan filem ni yang dilihat sedikit klise dan mirip seperti aksi-aski sebelum ni.

watak utama yang berperanan mewujudkan setiap aksi dalam kekuatan filem ini adalah Paul Walker sebagai detektif Damien Collier dan David Belle sebagai Lino Dupree. Dalam filem ini mereka digandingkan untuk menyelesaikan misi secara bersama.

Filem ini merupakan filem terakhir bintang utama Paul Walker (1973-2013).

Brick Mansions merupakan sebuah remake dari filem action perancis iaitu 'District B13'.



0 comments: